

ALHAMDULILLAH...hari ini dah masuk 6 hari kami sekeluarga tinggal di rumah sendiri di kulai. aku pun sekarang lebih selesa study di rumah daripada berulang-alik ke U*M setiap hari. boleh jimat duit dan tenaga. plus dpt kurangkan beban mama, jadi dia tak perlu jaga adam. aku boleh jaga sendiri bila aku tak de hal penting di kampus. sesekali di rumah, terkenang pada rumah kami dulu di melaka. walaupun rumahnya kecil aja dan selalu kami merungut terlalu panas (sebab silingnya yang rendah), tapi rumah tu amat bermakna, menyimpan banyak memori kami tinggal bertiga. di sana adam dibesarkan selama hampir dua tahun. di sana aku dan abang sama-sama belajar menjadi ibu dan bapa. teringat pada uncle bo*g sbelah rumah yang tiap hari dikunjungi orang yang nak baiki kereta dengannya. dan isterinya yang selalu panggil adam 'aboi'. aku teringat pada pantai puteri, lokasi yang sering abang bawa hampir kebanyakan hujung minggu walaupun pada bulan puasa untuk suap adam makan di tepi pantai. teringat pada tasik ayer keroh yang kami kunjungi saban petang, mengajar adam berjalan, berlari dan mengenal persekitaran taman rekreasi. adam suka betul ke sana, dapat tengok tasik bersebelahan zoo melaka. yang penting, adam dapat main korek-korek tanah=aktiviti yang paling adam suka!hehe...sekali-sekala kami buat pot luck sama ada di rumah sendiri atau di rumah kawan-kawan abang. mereka kebanyakannya punya anak-anak sebaya adam. ramai yang lahir tahun 2008, dan ada beberapa yang lahir tahun 2009. yang speselnya, yang sebaya adam, semuanya perempuan! adam sorang aja HERO! walaupun adam hero, hahaha..adam tetap kalah dengan anak shima=inshira.hehe..lama tak jumpa si comel tu. walaupun brutal, tapi tetap comel. anak-anak mereka semua comei-comei. rindu pada mereka. bulan puasa lak ada saja yang jadi hos rumah untuk berbuka puasa. kali terakhir yang sempat aku dan adam join, di rumah firdaus. banyak betul makanan masa tu. dengan lukman bawa nasi minyaknye..aku bawa sayur lemak saja. hehe. ramadan tahun ni, tak dapatlah join mereka berbuka ramai-ramai lagi. hanya abang yang akan jadi wakil. satu tempat lagi yang abang suka bawa adam pergi=zoo melaka. tapi bukannya adam seronok tengok binatang-binatang kat sana, dia seronok berlari kat dalam zoo yang besar sungguh tu. penat kami nak kejar adam! pernah sekali lepas pergi taman rama-rama, abang bawa kami ke jasin. saja nak melawat sekolah lama kami. adam dah tisur kepenatan dalam kereta. jadi aku dan abang apa lagi, seronok ambil gambar berdua di tempat sama-sama kami bersekolah di tingkatan 4 & 5 dulu (walaupun masa tu kami belum bercinta dan abang tak kenal aku pun!hehe) Tempat shopping kami di melaka=jusco ayer keroh, melaka mall dan kemudiannya lebih kerap ke mydin. beli barang-barang keperluan rumah saja. kalau nak shopping baju, abang suka bawa ke melaka mall. biasalah dia, nak pergi tempat yang tak ramai orang aje. kalau ikutkan aku....mana-mana saja boleh! kalau dapat pergi dataran pahlawan lagi best! hehe...indah kenangan dua tahun di melaka...moment yang tak akan aku lupakan..
No comments:
Post a Comment