Friday, June 25, 2010

KENANGAN DUA TAHUN DI MELAKA







ALHAMDULILLAH...hari ini dah masuk 6 hari kami sekeluarga tinggal di rumah sendiri di kulai. aku pun sekarang lebih selesa study di rumah daripada berulang-alik ke U*M setiap hari. boleh jimat duit dan tenaga. plus dpt kurangkan beban mama, jadi dia tak perlu jaga adam. aku boleh jaga sendiri bila aku tak de hal penting di kampus. sesekali di rumah, terkenang pada rumah kami dulu di melaka. walaupun rumahnya kecil aja dan selalu kami merungut terlalu panas (sebab silingnya yang rendah), tapi rumah tu amat bermakna, menyimpan banyak memori kami tinggal bertiga. di sana adam dibesarkan selama hampir dua tahun. di sana aku dan abang sama-sama belajar menjadi ibu dan bapa. teringat pada uncle bo*g sbelah rumah yang tiap hari dikunjungi orang yang nak baiki kereta dengannya. dan isterinya yang selalu panggil adam 'aboi'. aku teringat pada pantai puteri, lokasi yang sering abang bawa hampir kebanyakan hujung minggu walaupun pada bulan puasa untuk suap adam makan di tepi pantai. teringat pada tasik ayer keroh yang kami kunjungi saban petang, mengajar adam berjalan, berlari dan mengenal persekitaran taman rekreasi. adam suka betul ke sana, dapat tengok tasik bersebelahan zoo melaka. yang penting, adam dapat main korek-korek tanah=aktiviti yang paling adam suka!hehe...sekali-sekala kami buat pot luck sama ada di rumah sendiri atau di rumah kawan-kawan abang. mereka kebanyakannya punya anak-anak sebaya adam. ramai yang lahir tahun 2008, dan ada beberapa yang lahir tahun 2009. yang speselnya, yang sebaya adam, semuanya perempuan! adam sorang aja HERO! walaupun adam hero, hahaha..adam tetap kalah dengan anak shima=inshira.hehe..lama tak jumpa si comel tu. walaupun brutal, tapi tetap comel. anak-anak mereka semua comei-comei. rindu pada mereka. bulan puasa lak ada saja yang jadi hos rumah untuk berbuka puasa. kali terakhir yang sempat aku dan adam join, di rumah firdaus. banyak betul makanan masa tu. dengan lukman bawa nasi minyaknye..aku bawa sayur lemak saja. hehe. ramadan tahun ni, tak dapatlah join mereka berbuka ramai-ramai lagi. hanya abang yang akan jadi wakil. satu tempat lagi yang abang suka bawa adam pergi=zoo melaka. tapi bukannya adam seronok tengok binatang-binatang kat sana, dia seronok berlari kat dalam zoo yang besar sungguh tu. penat kami nak kejar adam! pernah sekali lepas pergi taman rama-rama, abang bawa kami ke jasin. saja nak melawat sekolah lama kami. adam dah tisur kepenatan dalam kereta. jadi aku dan abang apa lagi, seronok ambil gambar berdua di tempat sama-sama kami bersekolah di tingkatan 4 & 5 dulu (walaupun masa tu kami belum bercinta dan abang tak kenal aku pun!hehe) Tempat shopping kami di melaka=jusco ayer keroh, melaka mall dan kemudiannya lebih kerap ke mydin. beli barang-barang keperluan rumah saja. kalau nak shopping baju, abang suka bawa ke melaka mall. biasalah dia, nak pergi tempat yang tak ramai orang aje. kalau ikutkan aku....mana-mana saja boleh! kalau dapat pergi dataran pahlawan lagi best! hehe...indah kenangan dua tahun di melaka...moment yang tak akan aku lupakan..

Sunday, June 20, 2010

rumah baru!

alhamdulillah hari ini 19 jun 2010 kami sekeluarga akhirnya dapat berpindah ke rumah baru kami di Kulai. walaupun sebenarnya masih belum siap pasang beberapa biji lampu dan tak dapat tidur di sana malam ni, aku dah cukup puas hati. paling aku suka bila dapat bilik tidur impian aku..dengan set perabot yang baru.lepas ni boleh kumpul duit untuk cantikkan bilik adam pula. sikit2...yelah, bukannya ada banyak duit pun..nak beli apa2 kena pandai budget, tak boleh beli sekaligus..nnt nak makan apa plak. sian kat hubby. hehe...cuma cik timah ada tepon, langsir baru rumah aku masih tak cukup kainnya..alamak..tapi cik timah teror bagi cukup gak. tapi kalau nak puas hati kenalah beli kain baru untuk buat yang lebih cantik. itu takpe, boleh fikir kemudian. barang2 dah masukkan dalam rumah baru tapi belum susun dan kemas. sebab wiring dan lampu belum habis pasang. lantai pun kena sapu semula dan mop walaupun 2 minggu lepas aku, mama, abah, ijam n ngoh (plus adam..heheh) dah basuh rumah tu. tak pe, itu boleh buat slow2..no rush. yang penting all major works done! bolehlah lepas ni aku pasang angan2 nak lengkapkan rumah. apapun, sofa yang ada tu pakai dululah...nanti ada rezeki boleh beli yang baru yang lebih cantik, lebih selesa dan lebih tahan lama. yang ada tu dah koyak sikit dan span dah lunyai. duduk pun rasa spring! har3. meja makan pun aku nak jadikan working table dan nak letak di dapur. lagipun itu meja makan kecil aja. lepas ni bila ada rezeki nak beli yang lebih besar dan boleh letak di dining area. at least untuk hari raya ni nak beli carpet untuk living hall dan tambah hiasan e.g picture frames dan flower. baru rumah ada seri sikit. hubby ada kata nak beli hiasan dinding..ntah dia ingat ke tak. takpelah, nanti semua dah bertenang, boleh discuss balik dengan dia. dah ada rumah sendiri ni baru bersemangat nak hias sana-sini. sebelum ni duk rumah sewa..rumah pun asal boleh duduk jer..sabar ajelah!
apapun angan2 aku...aku cuma nak rumah aku biasa2 aje..bukanlah nak sampai macam dalam majalah or show house tu..nak biasa2 aja..cuma biarlah lebih selesa dan tenang setiap kali balik ke rumah.
TERIMA KASIH HUBBY...UNTUK RUMAH KITA SEKELUARGA...MUAH!

Wednesday, June 2, 2010

jun2010_minggu1

Seronok baca blog husband...terbuka hati lak nak tulis blog sendiri. As for the beginning...nak coretkan salah satu pengalaman aku sepanjang bergelar 'doctorate student'. Alhamdulillah, tanpa aku sangka aku dah sampai ke tahap ini. Di usia 29 tahun aku mulakan pengajian di peringkat doktor falsafah. sekejap sangat masa berlalu, sekarang dah sampai ke tahun ke tiga. Sepatutnya, inilah tahun akhir aku, tapi hakikatnya aku masih belum yakin research aku dapat selesai ke tidak hujung tahun ni. Sekarang masih merangkak2 kutip data, bukan tu aje, masih merangkak design research aku...dah 2 1/2 tahun buat keje yang sama, sampai sekarang masih lum finalize apa2. Sepatutnya harini aku interview satu developer di Taman Sutera, tapi terpaksa tangguh agaknya. sampai sekarang orang tu tak call aku, dia kata dia tak sure balik ofis pukul berapa. Padahal semalam dah janji nak jumpa pukul 3 petang. Dari bulan januari aku buat kerja ni-interview developer. mula2 smooth jugak bila dapat interview up to 6-7 developers. lepas pada tu progress slow. kebanyakan responden (total responden yang aku pilih=20) refuse to cooperate walaupun aku cuma minta 1/2 jam dari masa mereka untuk di interview. itupun aku usaha juga dapatkan data dari mereka. kena 'cemuih', kena hentak telefon...dan mcm2 lagi yang dah aku lalui..sampai jun, 20 responden masih belum dapat aku capai! setakat 2 jun 2010, hanya 11! at least dah 50% (nak sejukkan hati). hampir setiap hari keje aku call/follow up developer. mula2 aku amik approach-interview. bila nengokkan susah yang nak bagi kerjasama utk interview, aku reka questionnaire based on soalan-soalan interview yang dah aku buat dan based pada jawapan2 yg dah aku ada. ada yang aku hantar by-hand, by-fax, by-email dan ada yang by-post bagi developer2 yang susah nak bagi nama 'the respective personnel' yang boleh entertain questionnaire aku. aku mula sent out questionnaire dari awal april. sampai jun, hanya 2 yang return pada aku. memandangkan poor feedback thru questionnaire, thus aku decide to go back to 1st approach-interview. so minggu ni aku busy calling sana sini semula untuk dapatkan balance developer untuk di interview. letih! so far, minggu ni aku manage to call tanah sutera, mont calista, nusajaya devp dan austin heights. ada yang nak interview, ada yang nak isi questionnaire. ada yang nak tengok semula questionnaire yang aku bagi dulu then janji nak call aku semula. aku tahu, diorang takkan call..aku yang kena call diorang juga nanti. sekarang aku kena fikir, bila aku patut stop usahakan hal ni. kena buka buku qualitative method nak tengok validity no. of respondent.
APAPUN CABARANNYA, USAHA PERLU DITERUSKAN. AKU TAK MAHU BUAT KERJA SEPARUH JLAAN, DAH JAUH AKU PERGI, AKU TAK MAHU PATAH BALIK! INSYAALLAH, SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN SEGALANYA. AMIN..