Seronok baca blog husband...terbuka hati lak nak tulis blog sendiri. As for the beginning...nak coretkan salah satu pengalaman aku sepanjang bergelar 'doctorate student'. Alhamdulillah, tanpa aku sangka aku dah sampai ke tahap ini. Di usia 29 tahun aku mulakan pengajian di peringkat doktor falsafah. sekejap sangat masa berlalu, sekarang dah sampai ke tahun ke tiga. Sepatutnya, inilah tahun akhir aku, tapi hakikatnya aku masih belum yakin research aku dapat selesai ke tidak hujung tahun ni. Sekarang masih merangkak2 kutip data, bukan tu aje, masih merangkak design research aku...dah 2 1/2 tahun buat keje yang sama, sampai sekarang masih lum finalize apa2. Sepatutnya harini aku interview satu developer di Taman Sutera, tapi terpaksa tangguh agaknya. sampai sekarang orang tu tak call aku, dia kata dia tak sure balik ofis pukul berapa. Padahal semalam dah janji nak jumpa pukul 3 petang. Dari bulan januari aku buat kerja ni-interview developer. mula2 smooth jugak bila dapat interview up to 6-7 developers. lepas pada tu progress slow. kebanyakan responden (total responden yang aku pilih=20) refuse to cooperate walaupun aku cuma minta 1/2 jam dari masa mereka untuk di interview. itupun aku usaha juga dapatkan data dari mereka. kena 'cemuih', kena hentak telefon...dan mcm2 lagi yang dah aku lalui..sampai jun, 20 responden masih belum dapat aku capai! setakat 2 jun 2010, hanya 11! at least dah 50% (nak sejukkan hati). hampir setiap hari keje aku call/follow up developer. mula2 aku amik approach-interview. bila nengokkan susah yang nak bagi kerjasama utk interview, aku reka questionnaire based on soalan-soalan interview yang dah aku buat dan based pada jawapan2 yg dah aku ada. ada yang aku hantar by-hand, by-fax, by-email dan ada yang by-post bagi developer2 yang susah nak bagi nama 'the respective personnel' yang boleh entertain questionnaire aku. aku mula sent out questionnaire dari awal april. sampai jun, hanya 2 yang return pada aku. memandangkan poor feedback thru questionnaire, thus aku decide to go back to 1st approach-interview. so minggu ni aku busy calling sana sini semula untuk dapatkan balance developer untuk di interview. letih! so far, minggu ni aku manage to call tanah sutera, mont calista, nusajaya devp dan austin heights. ada yang nak interview, ada yang nak isi questionnaire. ada yang nak tengok semula questionnaire yang aku bagi dulu then janji nak call aku semula. aku tahu, diorang takkan call..aku yang kena call diorang juga nanti. sekarang aku kena fikir, bila aku patut stop usahakan hal ni. kena buka buku qualitative method nak tengok validity no. of respondent.
APAPUN CABARANNYA, USAHA PERLU DITERUSKAN. AKU TAK MAHU BUAT KERJA SEPARUH JLAAN, DAH JAUH AKU PERGI, AKU TAK MAHU PATAH BALIK! INSYAALLAH, SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN SEGALANYA. AMIN..
No comments:
Post a Comment